Okay, dah lame dah x sentuh blog. bru la arini nak sentuh balik en, hmmmp. okay topic arini adalah SENAMAN 5 Kali . Mesti korang tertanya-tanya en ap semua ni, apa yang dimaksudkkan dalam senaman 5 kali ni kn? okay, laa. senaman adalah salah satu benda atau penggerakkan yang membuat kita sihat dan cergas. Malah dengan melakukan senaman kita boleh mencegah diri kita dari pelbagai penyakit seperti sakit jantung dan juga kita boleh mengelakkan diri kita dari terjebak dari gejala negatif kan? dengan meluangkan masa dengan aktiviti sukan, kan???
baiklah,
Bagi seorang muslim ,Adakah kita perasan ,senaman itu dalah sembahyang 5 waktu sehari semalam. Dalam sembahyang terdapat bnyk pengerakkan yang boleh merenggangkan otot kita dalam bahasa English dipanggil (stretching) . soo kalau kita cukup sembahyang 5 waktu dan ia memang pun adalah pekara wajib bagi kita menunaikannya, kalau begitu cuba kita, Bayangkan kita dapat tubuh badan yang sihat dan juga kehidupan yang dredhai oleh Allah SWT, kerana menjaga ibadah kita kepadanya yang sentiasa mengingatinya dan juga memujinya.Dalam menjaga sembahyang kita dihadiahi dengan ganjaran pahala juga, jika kita menunaikan sembahyang, malah kehidupan kita lebih tenang kerana kita sentiasa mengingatinya dan masih mentaati perintahnya. inshaallah segala perbuatan kita seharian akan dirahmati oleh Allah SWT. Seperti mana kita tahu, jika kita meninggalkan perintahnya, kita juga dapat balasan, iaitu balasan dosa yang banyak dan di akhirat kita telah menempah diri kita ke neraka dengan secara percuma (hahaha) . Saya berkata begini bukan sekadar memperingati orang lain malah ini juga adalah cara untuk saya memperingati kepada diri saya dan muhasabah diri saya untuk berubah. Marilah kita bersama-sama menunaikan semua perintahnya dan meninggalkan segala larangannya untuk kecapi kehidupan yang diredhai oleh Allah SWT. inshaallah,amin.
Selain itu, dengan ada solat inilah kita mohon keampunan dan segala hajat dari kita supaya dipermudahkan lagi kehidupan seharian kita,inshaallah kita akan dapat seperti mana yang kita inginkan dan keampunan darinya. Sesungguhnya Allah SWT ialah maha berkuasa,maha penyayang dan maha mengasihani.
bagi lagi ingin memupuk diri kita yang kerdil ini, cubalah kita memperingati bahawa bagaimana Rasulullah SAW telah memohon kepada Allah SWT untuk mendapatkan solat 5 waktu ini yang dari 50, dalam peristiwa ikraj mikraj. Sehinggakan Rasulullah SAW malu untuk bertemu dengan Allah SWT untuk mengurangkan lagi waktu solat itu. Bayangkan la betapa susahnya Nabi Muhammad SAW untuk meminta kepda Allah SWT sehingga Baginda Rasulullah malu dengan Allah Swt , tetapi kita senang senang saja meninggalkan perintah yang diwajibkan kepada seluruh umatnya walaupun solat itu memberi banyak hikmah dan manfaat kepada kita.So marilah kita bersama-sama muhasabah kan diri kita untuk berubah kearah kebaikkan (buang yang keroh, ambil yang jernih) , masih belum terlambat untk berubah dan Allah SWT adalah Maha penyayang, inshaallah ia masih menerima keampunan dari kita. Banggalah kita dilahirkan Islam, dan pertahankan la agama suci dan indah ini , seperti mana ramai yang terkorban dan berjihad ke jalan Allah SWT. Marilah kita bersama menunaikan perintahnya, bagi memperolehi hidup yang diredhai oleh Allah SWT.
Terima kasih kerana membaca, saya mengharapkan maklum balas dari pembaca blog saya. Saya ingin memohon ampun dan maaf jika blog saya ada unsur atau perkataan yang salah digunakan. Maafkan saya.
marilah kita bersama mengubah hidup kita kearah kebaikkan bagi mendapat keredhaan Allah SWT. saya juga hambanya yang ada melakukan salah dan silap, tidak salah kalau kita bersama-sama berubah kearah kebaikkan :) .
( Lepak, Relax , Peace and life)
from - M S A B 2 0 1 1 -