Tuesday, 29 November 2011

My First Video Making for 'pertandingan video kemerdekaan dan ICT' 2011


Assalammualaikum,


haiii there, okay ini lahh satu-satu nye kenangan saya buat video bersama rakan-rakan sekelas saya tentang kemerdekaan. Masa ni agak kalut nak buat sbb cuma buat dalam masa 3hari je video ni, sbb nak hafal skrip la ap lahh. hahahaha, Ada je banyak masalah kami, walaupun begitu, video ni berhasil atas kerjasama yang diberikan. terima kasih kawan- kawan iaitu Zulhelmi, akmal,tharun,kevin,ridwan dan amirullah dan juga sesiapa yang memberi idea kepada kami untuk menghasilkan video ini. Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang juga memberi idea, walaupun video ni xd pun bajet yang keluar,hahaha. tetapi kami tetap menyelami semangat Satu Malaysia dan perpaduan dalam menghasilkan video ini ( xlah sehebat mana, tp saya sgt enjoy melakukannya) harap korang terhibur menontonnya,dan jika ada comment, sila berikan ye. Inshaallah comment yang membina dari anda saya harapkan :-) .

Sekian dari saya,    MSAB2011 :-)
                 ( Love,Chill,Peace dan sentiasa beramal )

Kebersihan Alam Sekitar

Assalammualaikum ,

hey hey,  hari ini update terbaru saya tntg Kebersihan Alam Sekitar....

mesti semua orang cam, laaaa.... boringnye, semua org thu la jage kebersihan alam sekitar , tetapi kan , kenpa kita x boleh nak praktikkan bnde ni . selain itu, kita punya negara kita sendiri pun kita x reti nak jaga kebersihan ke? sedangkan bumi dipijak adalah tanah air sendiri . 'so' xkn la korang xnk jage kebersihan negara sendiri kan?

masalah utama kita ialah , 'SAMPAH' , Kenpa kita x boleh nak buang sampah ke tong sampah? susah sgt ke? aku rase x susah pun sebenarnye, sbb smph kita kadang kadang bukan la besar mana pun, biasenya mula dari plastik gula gula, lepastuh kotak rokok dan ade bnde yang paling x patut skali ialah ,diapers pun korang nak buang merata ke? ( -____-" )

kerajaan kita dah banyak lakukan kempen kempen mcm kitar semula semua en, tp knpe diri kita sendiri tidak amik sbgi langkah permulaan untuk mencintai alam sekitar kita. tambah tambah ia adalah negara kita sendiri. (xkn la korang xnk tgk negara kita bersih sepeti negara maju yang lain) , (xkn la kita nak hidup dalam keadaan kotor dan sampah sarap dimerata-rata tempat) . Aku thu korang mesti ckp 'eleh kau pun same buang sampah merata rata en? mengaku jelah' dan jwpn aku 'YA' . Aku pernah jugak buang smpah merata-rata sehinggakan aku cakap "ini lah sbbnye kita ada pekerja cleaner , untuk diorang kutip semua sampah tu" sbnrnye aku agak menyesal berkata begitu , sbb tindakan aku itu tidak wajar sbnrnye. sepatutnya aku kene lah tolong untuk menceriakan alam sekitar , lagipun ia adalah negara kita sendiri. soo apa kata kita sama sama menjaga kebersihan negara kita ni. (x salah pun kan?)

Kita tanamkan la niat untuk berubah kepada kebaikkan dengan cara membuang sampah ni pun kita dah boleh dapat ganjaran pahala. Sebab dalam islam dah kata, menjaga kebersihan itu adalah penting. malah, Allah SWT suka akan orang yang menjaga kebersihan diri. So apa kata , kita mulakan dgn menjaga kebersihan Negara Kita, x rugi jugak sbb yang bersih tu, negara kita jugak. haaaaa......

Korang nak ke, kita hidup dgn cara begini?
sampah yang ada ni pun oleh membawa seribu jenis penyakit kepada kita. Sampah pun boleh mengakibatkan kematian bukan sekadar manusia sahajam malah haiwan-haiwan juga pun boleh mati akibat sampah yang terlalu banyak di dunia.

So, kita harusla lakukan dengan jayanya untuk mengubah semua keadaan ini dari berlaku di negara kita dan juga dunia. sayangilah negara kita, jagalah kebersihan negara kita, kita pasti dapat mengubahnya. Walaupun, kita baru bermula, terima kasih kepada diri kita, kerana kita telah melakukan tanggungjawab kita sbgi pencita alam. (Kita tidak akan rugi kalau kita mengejar sesuatu yang diidamkan, seperti mana menginginkan kebersihan negara).

Biarpun permulaan yang sedikit, kita pasti dapat mengubahnya, demi kebersihan negara Malaysia dan juga seluruh dunia. Dengan permulaan ini, yang seikhlas hati kita lakukan , inshaallah , Allah SWT akan sentiasa merahmati kita , kerana kita melalukannya dengan ikhlas, inshaallah kita peroleh ganjaran pahala. Amin...

Banyak cara yang boleh kita lakukan iaitu, mengitar semula.
      dan paling penting ialah (buangla sampah kedalam tong sampah)
           kita pasti dapat mengubahnya bersama-sama.

sekian dari saya pada hari ini. :-)
                                                 -  MSAB2011
                               ( Love,Peace,Chill dan selalulah beramal )

Monday, 28 November 2011

Selamanya Harimau Malaya ( With Lyric ).FLV




jum kita dgr lagu ni untuk memberikan smgt kepada Harimau Malaya,

I am really proud with our National team (harimau malaya)

Semangat Penyokong Malaysia Terhadap Bola Sepak

Assalammualaikum,

Dimanakah kita ltknye smgt untuk menyokong pasukan bola sepak kita? bila kita je sarung jersey Malaysia ramai pandangan segelintir masyarakat akan menyatakan begini "semangat gler kau ni" . adakah kita patut memperlekehkan semangat seseorang itu? pastuh org yg ckp mcm tu patut ke ckp mcmtu? at least orang tu ade jgk smgt dan cara dia memberi sokongan. dari orang yang tidak setia dan selalu memberikan kritikan saja dan menginginkan kemenangan sahaja dia thu.

kedua, smgt kita yang seakan akan pudar ketika pasukan bola sepak Malaysia itu tewas, mcam semalam baru je Malaysia tewas dgn Bahrain,sehubungan dgn itu juga sikap penyokong yang terlalu menyalahkan seperti "semua salah Khairul Fahmi sbb x jage goal btl btl" . adakah ini cara kita??? patutkah kita menyalahkan KF itu??? * seperti mna kita thu, bola sepak itu dimainkan 11pemain dan campur la reserve skali 11 lg player. bola sepak adalah permainan berpasukan,bukan berseorangan. so jgn la terlalu menyalahkan seseorang, spttunye kita memberikan kata smgt kepada mereka dan menerima lah kekalahan seadanya. bola sepak adalah permainan berpasukan yang inginkan kerjasama yang kuat, ambil contoh ini kenapa Real Madrid x boleh mng smpi skrg? sbb dia terlalu mengharapkan player yang 'star' itu sahaja dan tidak bermain dgn kerjasama. kalau lah pasukan bola sepak Malaysia kita boleh menyemarakkan lg semgt berpasukan mereka, inshaallah kita akan memperoleh kemenangan, dan kepada penyokong yg setia teruskan la bagi sokongan yang padu !!

ketiga, kenapa terlalu hipokrit ?? biasenye berlaku di stadium. kita pakai dari baju,seluar,conteng muka semua dgn melambangkan smgt menyokong Malaysia tetapi bila je tewas  Malaysia, mulalah diorang blik dgn keadaan membenci dan tiada lagi smgt ingin memberi kata smgt kepada pasukan bola sepak Malaysia (harimau malaya). * come on la,  smgt tu mana??? kita hendaklah memberikan sokongan lebih padu kepada pasukan bola sepak negara walaupun kita tewas ketika itu, jangan la beredar dari stadium. kita tidak thu kalau adanya kita yang sentiasa memberikan sokongan boleh menyemarakkn lagi smgt mereka untuk mendapatkan kemenangan. Jika kalah, kita terimalah seadanya, tetapi pasangkan smgt kpd diri kita bahawa Harimau Malaya tetap dihati . mungkin lain kali kita ade rezeki :-)

keempat, apabila goal je Malaysia . semua orang ckp  ' i am proud to be Malaysian' dan 'i love youu kepada penjaring goal tersebut' tapi biler je tewas, mulalah kita memberikan cacian atau tomahan yang tidak patut diberikan. Dah tu biler kalah xkn korang nak cakap ' i'm not proud to be Malaysian ' ???  *ini salah satu hipokrit sbnrnye, mana ltknya taat setia kita jika kita mengatakan " i'm not proud to be Malaysian atas dasar kekalahan bola sepak sahaja.. come on la !! ubah sikap ni, kita patutnye bg sokongan kepada pasukan kita bukan kita mengalah. jika penonton mengalah atau peminat mengalah untuk memberi sokongan lg , ia akan memberi impak kepada pemain atau pasukan negara kita yang akan bermain dgn pnuh tidak smgt lagi. 'so' jangan la bersikap demikian, teruskanlah memberikan smgt kepada Harimau Malaya kita ni !!!

Sikap hon,mercun dan membaling mercun atau membaling botol air ke padang akan mengganggu kosentrasi pemain kita, ini bukan la cara nak bg smgt. kita perlu berhenti dgn sikap ini, pasangkan smgt dgn menyanyikan lagu smgt kepada pasukan bola sepak negra kita dgn lagu "go tigers" "selamanya harimau malaya' ke dan lagu lagu yang lain atau memberikan dgn jeritan satu suara seperti melaungkan 'MALAYSIA' beramai ramai... mengibarkan bendera Malyasia ke.. banyak lagi cara sokongan sihat yang boleh kita berikan kepada pasukan harimau malaya kita ni.

come on laa !!! sikap yang perlu diubah dari corak sokongan kepada pasukan Bola Sepak Malaysia, dan kepada Negara, dgn sokongan yg jitu, kita akan lagi memupuk smgt pasukan tersebut bagi memperoleh kemenangan !! .

so jom bersama-sama kita mgubah cara kita memberi sokongan kepada pasukan Bola Sepak Negara. (HARIMAU MALAYA)

"Selamanya Harimau Malaya"

maaf jika ada terkasar bahasa atau salah penggunaan kata dan maaf jika ada maksud yang lain, saya tiada niat mengata. maafkan saya.

sekian- MSAB2011

Sunday, 27 November 2011

BUKU MANUAL

 Assalammualaikum :-)
Dalam dunia ni semua bnde ada buku manual en? kalau kita xthu gunakan ke,kita x reti nak pasang ke, semua kita rujuk buku manual en? misalnya : Phone blackberry banyak kegunaan dan mmg phone ni mmg smartphone dan sgt cool la jgk kan, tp apabila xd 'BUKU MANUAL' kita xkn dapat jadikan phone tu lg canggih atau kegunaan selebihnye pun kita xkn thu untuk phone tu jadi lg baik kan? 'or' kita beli almari, pastuh xd buku manual . mmg xkn reti pasang la kita jwnbye.hahaha. en en? apabila adanye buku manual baru la sesuatu bnde itu akan lengkap,dan cantik dipasang atau digunakan.

Bagi manusia juga pun ada Buku Manual nye tersendiri , terutama bagi orang yang beragama islam. :-)
'SERIOUSLY'. buku manual bg orang islam adalah Al-Quran. dalam Al-Quran bnyk menceritakan tntg kehidupan kita,dan Al-Quran lebih canggih dari segala-galanya kerana Allah SWT telah memberitahu sesuatu bnde dan setiap bnde dlm kehidupan kita bagi kita menjadikan panduan dalam kehiduapan kita. Al-quran ade bnyk menceritakan kisah kisah Nabi dan Rasulullah SAW yang boleh kita jadikan teladan. selain itu, Al-quran ade bnde yang sains pun x terjawab smpi arini, bayangkan betapa hebatnya agama islam,so cintailah agama kita ini,pelihara la agama kita ini. Sbb itu adanya Hadis yang boleh dijadikan nasihat kepada kita. Sesungguhnya Islam itu indah. 'so' mari lah kita bersama-sama melakukan ibadah mengaji Al-quran , dan menghafal Al-quran dan juga mendirikan solat 5 waktu., tidak rugi kita lakukan sbb kita akan dapat ganjaran pahala. malah kita akan dapat kehidupan yang dirahmati oleh Allah SWT. inshaallah. ;-)

jangan la kita melalukan pekara yang dilarangnya, wajib bagi kita mengikut perintahnya..

Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa beribadah kepadanya, walaupun baru kita nak mulakan,tidak mengapa, Allah SWT itu adalah Maha pengampun,dan maha penyayang. inshaallah dosa-dosa kita akan dapat diampunkan dgn niat permulaan kita sbgi hambanya yang ingin mencari keredhaan nya. Marilah kita berhijrah ke jalan yang benar, (tinggl kan yang keruh, ambil yang jernih) sempena Maal hijrah ini. :-)

Sekian dari saya, 'sentiasalah beramal bg mendapatkan kehidupan yang sempurna'

'love, peace , chill ' MSAB2011

Saturday, 26 November 2011

Selamanya Harimau Malaya

<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/kETs8LK8NOE" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

enjoy this, awesome song , macam bagi semgt kepda penyokong dan pemain bola sepak Malaysia !!

'SELAMANYA HARIMAU MALAYA'

stay connected 'online'

hey hey there, Assalammualaikum...

Dalam era serba canggih ni, semua bnde boleh dilakukan dgn hujung jari kita sahaja, dengan menanya #professorgoogle, malah ramai menggunakan internet dan mengejar betapa hebatnye kelajuan internet masing masing kan? semua orang akan cuba menunjukkan khbtn diri kan? ini mengakibatkan ramai orang nak 'stay connected' dalam maksud lain , sentiasa disambungkan atau 'online' la en en?

knpe kita tidak ingin berhubung dan selalu ingin merapatkan hubungan dgn Allah SWT , menggunakan ayat 'online' or 'stay connected' itu digantikan dgn bertasbih,bertahmid dan sembahyang kpdnye bagi menguatkan iman kpd kita, malah kita diberikan ganjaran pahala, apabila kita melalukannya. tidak rugi kita melakukannya kerana dia la yg menciptakan kita dan dia lah juga membuatkan kita cerdik pandai sehingga kini yang menjadikan seorang insan yang berguna kepada masyarakat dan agama. Selagi ade masa untuk kita, gunakanlah dengan sebaik-baiknya untuk kembali kepadanya. Agar kita dapat kehidupan yg lebih baik dan dirahmati dengan adanya hidayah yang diberi oleh Allah SWT. Amin... :-) segala larangannya kita tinggalkan,dan segala suruhannya kita buat. :-)

maaf jika ada kesalahan penggunaan kata atau maksud dari saya, :-)

'so' sambil-sambil 'online' tu jangan la sampai terleka sangat sehinggakan lupa waktu bersolat :-) sampai waktu , sembahyang la. jangan ditangguhkan atau ditinggalkan langsung, okay? ;-)

sekian...
'always loves,keep on smiling and stay cool be chill'

First Time Blogging :-)

saya dapat hobi baru ini menerusi kawan-kawan yg ade blog, so ini la first time saya ada blogger. heee... mcam so 'lame' en? lagipun kurang pengetahuan tntang nak buat ape dgn blog, sprti mana blogger yg lain ade pelbagai idea dan ade bnde yg mereka ingin kongsi kepada semua. saya akan cuba untuk memperolehi idea yg boleh dkongsi bersama bak kata pepatah 'ada ilmu jangan kedekut, kalau kedekut nanti  jadi terbantut' hahahahaha. itu rekaan saya semata-mata, soo nnt nnt saya cuba update blog saya ini......

 sekian , love and keep on smiling for a day, moga dapat la mgubah seharian kita  : -)