Assalammualaikum ,
hey hey, hari ini update terbaru saya tntg Kebersihan Alam Sekitar....
mesti semua orang cam, laaaa.... boringnye, semua org thu la jage kebersihan alam sekitar , tetapi kan , kenpa kita x boleh nak praktikkan bnde ni . selain itu, kita punya negara kita sendiri pun kita x reti nak jaga kebersihan ke? sedangkan bumi dipijak adalah tanah air sendiri . 'so' xkn la korang xnk jage kebersihan negara sendiri kan?
masalah utama kita ialah , 'SAMPAH' , Kenpa kita x boleh nak buang sampah ke tong sampah? susah sgt ke? aku rase x susah pun sebenarnye, sbb smph kita kadang kadang bukan la besar mana pun, biasenya mula dari plastik gula gula, lepastuh kotak rokok dan ade bnde yang paling x patut skali ialah ,diapers pun korang nak buang merata ke? ( -____-" )
kerajaan kita dah banyak lakukan kempen kempen mcm kitar semula semua en, tp knpe diri kita sendiri tidak amik sbgi langkah permulaan untuk mencintai alam sekitar kita. tambah tambah ia adalah negara kita sendiri. (xkn la korang xnk tgk negara kita bersih sepeti negara maju yang lain) , (xkn la kita nak hidup dalam keadaan kotor dan sampah sarap dimerata-rata tempat) . Aku thu korang mesti ckp 'eleh kau pun same buang sampah merata rata en? mengaku jelah' dan jwpn aku 'YA' . Aku pernah jugak buang smpah merata-rata sehinggakan aku cakap "ini lah sbbnye kita ada pekerja cleaner , untuk diorang kutip semua sampah tu" sbnrnye aku agak menyesal berkata begitu , sbb tindakan aku itu tidak wajar sbnrnye. sepatutnya aku kene lah tolong untuk menceriakan alam sekitar , lagipun ia adalah negara kita sendiri. soo apa kata kita sama sama menjaga kebersihan negara kita ni. (x salah pun kan?)
Kita tanamkan la niat untuk berubah kepada kebaikkan dengan cara membuang sampah ni pun kita dah boleh dapat ganjaran pahala. Sebab dalam islam dah kata, menjaga kebersihan itu adalah penting. malah, Allah SWT suka akan orang yang menjaga kebersihan diri. So apa kata , kita mulakan dgn menjaga kebersihan Negara Kita, x rugi jugak sbb yang bersih tu, negara kita jugak. haaaaa......
Korang nak ke, kita hidup dgn cara begini?
sampah yang ada ni pun oleh membawa seribu jenis penyakit kepada kita. Sampah pun boleh mengakibatkan kematian bukan sekadar manusia sahajam malah haiwan-haiwan juga pun boleh mati akibat sampah yang terlalu banyak di dunia.
So, kita harusla lakukan dengan jayanya untuk mengubah semua keadaan ini dari berlaku di negara kita dan juga dunia. sayangilah negara kita, jagalah kebersihan negara kita, kita pasti dapat mengubahnya. Walaupun, kita baru bermula, terima kasih kepada diri kita, kerana kita telah melakukan tanggungjawab kita sbgi pencita alam. (Kita tidak akan rugi kalau kita mengejar sesuatu yang diidamkan, seperti mana menginginkan kebersihan negara).
Biarpun permulaan yang sedikit, kita pasti dapat mengubahnya, demi kebersihan negara Malaysia dan juga seluruh dunia. Dengan permulaan ini, yang seikhlas hati kita lakukan , inshaallah , Allah SWT akan sentiasa merahmati kita , kerana kita melalukannya dengan ikhlas, inshaallah kita peroleh ganjaran pahala. Amin...
Banyak cara yang boleh kita lakukan iaitu, mengitar semula.
dan paling penting ialah (buangla sampah kedalam tong sampah)
kita pasti dapat mengubahnya bersama-sama.
sekian dari saya pada hari ini. :-)
- MSAB2011
( Love,Peace,Chill dan selalulah beramal )


No comments:
Post a Comment